Wednesday, September 29, 2010

' CAHAYA BULAN '



Allah pilih awak dekat dgn mereka berhadapan dgn pelbagai ujian, bertemu pelbagai orang supaya awk limpahkan "CAHAYA BULAN" yang indah agar mata-mata, hati-hati yang mendapat limpahan itu terasa senang, terasa bahagia – nukilan MyUmar


CAHAYA BULAN itu hadirnya tatkala malam
malam yang gelita kekal gelita
yang melihat malam itu gelita dan suram
berada dalam kesuraman,
kegelisahan
kemuraman

kapan tiba cahaya menerangi jalan
lalu hadir perlahan-lahan cahaya bulan
dari anak bulan
menjadi bulan sabit
menongkah bulan separa
yang dinanti adalah bulan penuh

Gelita itu umpama ujian
Allah hadirkan cahaya bulan sebgai pembantu kepada penghuni malam
bagi menerangi segala gelita
supaya mereka mencari jalan sendiri
menuju destinasi masing2

pada bulan
ada kepatuhan pada Tuhannya
ketaatan , ada zikir
jika tidak ada kepatuhan
tidak ada zikir oleh bulan
tidak ada purnama di malam hari
maka utk sebuah cahaya bulan purnama
kepatuhan dan zikir itu wajib

aku yakin atas redha Tuhan
bulan itu akan sentiasa patuh pada Tuhannya hingga akhir ayat
aku wajib hargai
kerana dia anugerah tuhan
bukan hanya pada aku
tapi pada seluruh manusia

nukilan : MyUmar

No comments: