Tuesday, December 23, 2008

:: RAHMAT UJIAN ::

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira, mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah, mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir,
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa, ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai yang dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNYA

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai yang dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNYA

Segala takdir,
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa, ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Ujian diberi,
Maka bersyukurlah selalu

Sunday, December 21, 2008

:: persoalan HATI ::

Saya bertanya kepada emak, mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang?
Mak jawab, kedua-duanya bukan..
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.. Saya menarik nafas dalam-dalam.

Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa? Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya
mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya.
Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan
sekilas saya pun mak mampu membacanya.. Yang paling tahu hanya Allah..
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. Kerana hanya Allah mampu
membaca hati hambaNya..mak menyusun ayat-ayatnya. Dan keikhlasan
kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja
ditonjokan oleh seseorang tu..

Saya memintas, Tak faham..

Mak menyambung Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama
mencari redha Allah.. Mak menyambung lagi, begini, setiap insan yang
bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin
dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh
ada daya tarikan magnet tu..Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak
dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung, Setiap manusia
telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu? mak berhenti
seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak
buat-buat tidak nampak.

Secret Admire
Kakak, mak dulu masa
besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah
tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad
tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur..
Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak
nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak
bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami
mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima
balasan cinta tu. Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada
emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

Mak memang tak
ada perasaan lansung pada dia ke? saya menyoal sambil memandang tajam
wajah mak. Emak ketawa kecil. Walaupun mungkin ada, mak tak pernah
bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak
takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak,
seperti kakak..mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek
dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni
yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada
sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang
bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu
panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan
awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman
tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit
ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami
dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung
tapi nampak jambulnya.. emak melemparkan pandangan ke lantai. Selepas
tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu
nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.. sambung emak. Ada
getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah
dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu
inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika
berjuang di sekolah dulu.

Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan
maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki
tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa
agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung
sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan
timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai
anak..mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba
memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?
Kakak..
Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu
tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang
yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena
ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan
berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah
dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling
benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar
hujah emak. Emak meneruskan, Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah
menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah
diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang
bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak
semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi
bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata
batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas
syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang
perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat
baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain..
Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita
dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh
sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia
halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi
seperti yang awalnya. emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. Kakak..
jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar
biasa. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang
curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting
ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita
jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta
dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai
Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai
sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita
membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri
berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah
semata-mata. .

Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita
sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. .
Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila
dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya
bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta
dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana
tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan
bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat
dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah
merasai sahaja yang mampu mengerti.

Redha

Kakak..
Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan
hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak
nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri
setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan
mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya
hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil
kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu
kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu
bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap
pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. Sekali lagi berjuraian
air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah..
Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah
untuk Dia pelihara..Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak
dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Tuesday, December 16, 2008

:: MAAFKu PINTA ::

Assalamualaikum, sahabat-sahabatku...

ku mohon beribu kemaafan atas tindakan menyepi dari mengemaskini blogku ini...
kadang2 aku merasa diriku banyak mencipta alasan tapi HANYA TUHAN YANG MAHA TAHU betapa diri ini lemah...lemah dalam pengurusan...lemah dalam tindakan...lemah untuk terus ISTIQOMAh...

sepanjang semester baru yang akan dibuka ini, kesibukkan yang amat dapat kurasai bahangnya...PROJEK SAINS TAHUN AKHIR (TESIS + PENULISAN) dan beberapa lagi subjek yang aku amik semester ini bakal menghambat masaku dalam jamaah...

aku harus membahagikan serta menguruskan masa dengan baik dan cemerlang...Mampukah aku...YA ALLAH...

:: PROJEK - dalam 20 peratus baru siap...banyak lagi masih samar...huhuk...count
stomata daun...kira diversiti Macaranga spp. di Fraser Hill, Ulu Gombak
dan Genting Highlands...banyaknya....

:: Subjek Semester 2. 2008/2009 - ade lagi masalah dengan pendaftaran...lab ade 3...

:: MAJLIS HEWI - banyak lagi tak buat keje...isu pakaian seragam, ramai dah 'bunyi'
program TARBIAH dan KADERISASI...usrah,tamrin...

:: HUBUNGAN dgn KHALIIQ - banyak lagi dosa yang perlu disucikan...solat...
puasa...tahajud...dhuha...hajat...istiqarah...sedekah...
( susahnya nak ISTIQOMAH )
maksiat dan dosa2...banyaknya,ya Tuhanku...
YA ALLAH, ampunilah hambamu ini...

:: HUBUNGAN dgn MAKHLUk - famili
sahabat sejamaah
sahabat botani
sahabat serumah
sahabat sek lama
banyak sangat dosa dan kesalahan ku buat pada mereka ini...
RAhmati dan Redhailah mereka ini, YA ALLAH...

:: pengurusan masaku - teruuuuuuuuuuuuukkkkk

Ya Allah, hamba ini lemah...tak berdaya...tiada kekuatan dan pertolongan selainmu YA ALLAh...

Sahabat2ku, ku harap kalian fahami diri ini...walau tak mampu untuk fahami diri ini...bersangka baik dengan keadaaanku...makin berat ku diuji sekarang...

Tika diriku lemah
sahabat-sahabatku ada untuk ku luah rasa

tika ku goyah, ku harus kuat
kerana ku pembawa agama

tika ku terluka,ku harus tabah
kerana ku MUJAHID MUDA

ALLAH DAN RASUL sentiasa bersamaku...
sahabat2 ku sentiasa menyokong perjuanganku..
ALLAH bersama orang-orang yang SABAR...

Wednesday, November 12, 2008

ANUGERAH ILAHI

TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA INSAN - INSAN YANG MENGINGATI TARIKH KERAMATKU, 08 NOVEMBER….

TERIMA KASIH MEMBUATKAN DIRIKU RASA DIHARGAI…DISAYANGI…DIINGATI…

SEMOGA SILATURAHIM SERTA UKHUWWAH YANG TERJALIN ANTARA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN INSAN YANG BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH...

FAMILI
1) Abang – my dear brother...
2) Mak – selalu tanya cuti bile? Sabar ye mak...
3) Kak Long – selalu nyakat kakchik...
4) Ayah – seminggu sebelum tu ada telefon, katanya nak buat Nasi Dagang masa
hari jadiku...Ayah ni, saja je nak jeleskan Ma, ye la...buat Nasi Dagang masa
Ma takda kat umah..buat Ma gigit jari teringat je kat makanan kegemaranku
tu...ayah mmg nakal...suka usik anak-anak dia...
5) Hakimi yang gemuk dan nakal
6) Angah – nak hadiah dari SABAH
7) Mak Chips kesayanganku
8) Abg Long

Nota : achik tunggu uda ucap kat achik...uda tak pernah “miss” ucap ‘besday’ kat
achik...sedihnya...uda...ke mana uda menghilang ni...
Malam tu baru achik tahu dari kak Long yang nset uda kena amik
sepanjang BTN kat Langkawi...patutla...
Zulkifli? Tak ingat ke? Atau sibuk peperiksaan akhir?

To All ahl bait COCHITA’s

- syukran, cute cake...


Rakan2 UM

1) nana fathy ( kembarku, lain ayah dan ibu,hehe)
2) caie
3) kak Mie

Sahabat2 PKPIM
1) kak Mar – huhuk...lambat sehari...tak pelah...terima kasih...
2) lina dan izzah...lambat 2 hari...hehehe

Sahabat Istimewa


1) kak Syida – sebelum kul 12pm dah ucap...tak aci betul...syukran,kak...
aku tengah berusaha untuk berpisah sedikit demi sedikit darimu...ku mahu agar
aku tak menangis di saat aku semakin kehilanganmu...kerana keakraban kita
bisa membuatkan aku takut untuk menghadapi saat itu...baik dari sekarang aku
belajar untuk menerima kehilanganmu...
2) kak Mun, first person who wish to me after 12 pm...Seorang shbt adlh Anugerah
Tuhan utk kita, ke mana dia pegi, kita akan mencarinya, dari mana dia datang,
kita perlu t ahu,ke mana dia menghilang, kita pasti merinduinya...ya...memang
benar...aku sangat merinduimu...aku tetap merasakan dirimu tetap NPH walaupun
pimpinan sudah berubah...
3) sue – Sahabatku, aku makin kurang masa bersamamu...maafkanku...
4) hajar – cujar, dah lama kita tak makan bersama...bila ye?
5) kak Lid - (lambat 1 hari, balas balik ye sb akma lambat ucap masa besday
akak ari tu)

Ibn Mas’ud pernah berkata “ Perkara yang paling menyedihkan apabila tibanya tahun baru adalah umurku makin bertambah tetapi amalanku tidak jua bertambah...

TARIKH KERAMATKU…08 NOVEMBER…22 TAHUN DAH...

Pada mulanya, aku cuba untuk tidak menagih apa-apa ucapan sempena ulangtahun kelahiran
ke-22 ini. Namun, hati ini meronta-ronta agar mahu diri ini dihargai, diingati dan
disayangi…22 tahun…satu usia yang kira pada masa dahulu, zaman mak ayah masa muda, memang
patut kahwin..hehehe…kahwin…lambat lagi kot…banyak lagi hal ummat yang perlu ditangani...

Namun, bukan itu yang ku nak coretkan...tapi peristiwa yang berlaku di Cochita, rumah sewaku di seksyen 12,PJ pada pagi hari...pada malam itu, rasa sangat penat sekali untuk mengulangkaji, esoknya aku ade peperiksaan akhir bagi subjek Sistematik Tumbuhan. Rasa macam nak tidur je, aku tahu esok adalah ulangtahun kelahiranku. Jadi, bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal, aku pun tidur awal.

“Ma! Ma! bangun,Ma!, panggil kak Jot...berpisat-pisat mata aku melihat kak Jot yang agak gementar. Lalu ku tanya kak Jot, “apa dia,kak”...
“Ma, ada orang nak cuba masuk rumah kita, dia dah cuba tarik bantal akak melalui tingkap tepi katil tu...dia dah tanggalkan cermin bawah tingkap tu...akak takut la akma...” rintih kak Jot...pada masa itu, jam menunjukkan pukul 4.30 pagi..
“sabar,kak...ada apa-apa lagi tak yang hilang”.tanyaku lagi...
“takda,ma..Cuma akak risau dan takut ni..macam mana sekarang...malam tadi sebelum tidur, kak Iwa ada tanya dah tutup belum pintu pagar atas sebab dia terdengar bunyi bising, akak cakap dah..lepas dia cakap macam tu, akak terus kunci tingkap tepi katil akak tu...akak tersedar bila terasa macam bantal akak bergerak, lalu akak terkejut dan akak buka mata, akak ternampak bayang-bayang kat luar dan akak tengok kat tingkap akak dah tak ade cermin sekeping,akak terkejut dan takut lalu akak kejutkan kak Iwa..” cerita kak Jot...
“akak, kalau pagar belakang dah tutup, maksudnya dia masuk ikut pintu pagar depan lah” ujarku...aku terus bingkas bangun menjenguk ke pintu pagar hadapan...
“ akak, pintu pagar depan tak tutup lah, akma ingatkan kak Siti akan balik malam tu, jadi masa akma balik selepas menghantar kak Lisa ke Lrt U, akma tak tutup lah...akak, akma minta maaf, akma cuai” rayuku..
“alah,dik...tak da apalah, perkara dah nak jadi, alhamdulillah tak da apa-apa yang serius berlaku, lagipun ini dah kali kedua kejadian ini berlaku, mungkin orang-orang sekitar rumah kita ni...entah-entah pak guard tepi rumah kita ni...ye la, rumah kita kan semua perempuan...tak pe, kita cuba telefon 999...walaupun bukan kejadian mencuri tapi kejadian ini dah kira mengancam keselamatan kita, baik kita buat laporan”, ujar kak Iwa..

Aku termenung. Apa hikmah kejadian kali ini...terasa amat bersalah, aku orang terakhir yang masuk ikut pagar depan dan tak terus kunci...perasaan bersalah semakin menebal..cuainya diri ini...
Selepas mengejutkan semua ahl bait Cochita, tak lama kemudian datanglah dua buah kenderaan peronda polis. Selepas disoal, kami diminta menunjukkan tempat di mana tingkap diceroboh...selepas itu, kami cuba mencari-cari di sekitar rumah di mana cermin yang ditanggalkan, namun tak juga jumpa, mungkin pencuri itu bijak, takut cap jarinya dikesan, maka dia lari bersama-sama cermin.

Kira-kira jam 5.40 pagi, soal siasat selesai dijalankan dan masing-masing kembali menjalankan rutin masing-masing walaupun dalam hati-hati ini hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Pada pagi tu juga, semua ahl bait ada peperiksaan akhir. Ada di antara kami yang ada 2 peperiksaan, pagi dan petang...kesiannya, semua macam mamai2 dan agak “bluurr”...
“akma!akma! akma ada tertinggal stokin tak kat belakang bilik kak Husna? Ini stokin akma ke? Sebab dalam rumah ini, akma sorang je ada stokin macam lelaki ini...soal kak Has padaku...yelah, aku kan budak sains, botani plak tu, mestilah ada stokin tebal macam tu, nak masuk hutan takkan pakai stokin nipis...lagipun yang peliknya, aku tak pernah plak tinggal stokin merata-rata dan pelik lagi belakang rumah plak tu..pening-pening...
Lalu aku pergi tengok stokin itu..selepas mengamati stokin itu, ternyata ia bukan milikku lagipun stokinnya memang stokin lelaki...
“yang hanya pakai stokin macam ni, hanya orang yang bekerja dan yang pakai kasut sahaja” ujar kak Iwa...
“betul tu...maknanya, tak mustahil kalau pak guard tepi umah kita ini...samada sebelah kanan atau sebelah kiri rumah” teka kak Jot.
Selepas itu, masing-masing kembali mengulangkaji, kami semua ada peperiksaan jam 11.30 pagi..
Aku rasa tak bersemangat untuk menjawab kertas pagi itu, masih dihantui peristiwa malam tadi, rasa bersalah dan rasa tak tahu apa yang sudah aku ulangkaji...rasa macam kosong je..tapi aku kena jawab juga sebaik mungkin...InsyaAllah, yang lain-lain tu, terserah kepada ALLAH...
Apabila selesai menghadapi kertas pada hari itu, aku terus balik...aku masih ada 4 kertas lagi pada 11,12,13 dan 14 November...petang itu juga aku ada perjumpaan dengan seorang YB muda ini dengan membincangkan tentang program di peringkat belia kawasan parlimennya. Setelah selesai menghantar Sh.Sumayyah ke LRT Universiti, aku terus balik ke rumah...
Apabila sampai di rumah lalu ku terus kunci pintu pagar hadapan, di sebelah rumahku, ku lihat ada 3 orang pak guard sedang berbual-bual sambil memandang ke arah rumah kami. Mungkin mereka sedang berbicara tentang peristiwa malam tadi kot...kedatangan kereta peronda polis yang mungkin menjadi tanda tanya mereka...
Apabila masuk je ke dalam rumah, kak Husna memberitahuku tentang penemuan terbaru, macam dalam drama CSI plak...penemuan kain buruk hasil koyakan lengan baju yang tertinggal di tingkapnya pula...huh...peningnya rasa...nampaknya pencuri tu macam mencuba hampir semua tingkap di belakang kot...perasaan takut dan bimbang mula meresapi jiwaku...
Selepas membantu kak Ct Fizah dan kak Jot memasang tingkap baru menggantikan tingkap yang diambil pencuri, aku terus masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Maghrib...akibat kepenatan fizikal dan emosi yang teramat sangat, aku terus mengambil keputusan untuk tidur awal...
“ Ma! Ma! Bangun ma!” kejut kak Jot. Kak Fiza menghampiriku lalu berkata “ orang semalam cuba hendak masuk rumah kita lagi”
Hah! Aku terkejut, dalam keadaan mamai-mamai...lepas itu...lepas itu...terdengar dari belakang kak Jot dan kak Fiza, ucapan keramat “HAPPY BIRTHDAY TO YOU” dengan sebuah kek coklat atasnya terdapat buah strawberry, kiwi dan mangga...

Ya ALLAH, memang mengejutkan, "suprise” la tu...terkejut aku dibuat mereka...sapa yang tak terkejut kalau kejadian malam tadi berlaku lagi...geram aku rasa tapi aku tersenyum sendiri...macam-macam la diorang ni...orang tengah risau kejadian semalam boleh plak diorang buat modal untuk “suprise”kan aku...huhuk...terus aku bangun meraikan ulangtahun kelahiranku ke-22...inilah kemesraan yang kuperolehi dari ahl bait Cochita...
Tarikh keramatku ke-22 banyak meninggalkan peristiwa serta kejadian yang mengejutkan diri ini...

Thursday, October 23, 2008

SOAL KEBERKATAN SEMAKIN DILUPAI



SAHABAT2…entah apa yang aku mahu coretkan kali ini sehingga begitu lama aku tidak
mengutuskan sebarang artikel pada blogku...bebanan akademik serta tuntutan
kerja-kerja yang beraulawiyat mengorbankan kerja-kerja penulisanku…walaupun begitu,
ia bukan menjadi alasan…pandai-pandailah urus masa, awak tu LAIN DARIPADA ORANG LAIN, pengurusan masa penting…itulah ayat mantanku merangkap mentorku yang selalu mencuci fikiranku ”brain wash”, kak Syida…kata-katamu selalu ku ambil pedoman…
Kali ini aku ingin menyentuh soal etika dalam berpersatuan serta berjamaah. Sesuatu yang nampak kecil tapi ia semakin membarah dalam diri ahli gerakan. Bila diri merasa membuat kerja-kerja kebaikan, soal keberkatan semakin dilupakan... sudah tamat semester 1,2008/2009, maka menjelma pula sesi baru...
Ingin ku tegur sahabat-sahabat yang melibatkan diri dalam gerakan,kerja-kerja dakwah tarbiah, kita sebenarnya sentiasa diperhatikan. Sememangnya Allah sentiasa memperhatikan kita, tapi mata-mata manusia juga sentiasa merakam setiap gerak laku kita, pasti berpencaklah syaitan-syaitan memainkan peranan menabur FITNAH.
Apa yang kita lakukan ini akan memberi fitnah pada gerak kerja gerakan malah sedikit sebanyak mempengaruhi proses serta kesan dakwah, tarbiah dan pengislahan manusia... ingin ku sentuh soal menandatangani kehadiran kawan-kawan yang tidak hadir...
walaupun pensyarah tidak mengetahui namun KUASA MAHA AGUNG tetap memerhati serta merakam setiap perbuatan kita.. Selain itu, soal ketidakhadiran ke kuliah dan ke kelas atas alasan yang tidak munasabah, bercakap dalam kelas tika pensyarah mengajar, tidur (kalau tersengguk-sengguk, okay jugak la...jihad jugak tu...tahan untuk tidak terus terlentok atas meja), ada yang sengaja tidur atas meja, alasannya mengantu...penat...aah!! kurang adab kita dengan guru di hadapan (ini yang paling aku geram sekali kalau ternampak...nak je pergi amik air...) Ini soal KEBERKATAN, soal AMANAH, soal JUJUR sahabat-sahabat... kita hebat di medan dakwah namun pentarbiahan diri kita belum sempurna, tidak sentiasa dipertingkatkan malah pelbagai maksiat lain lagi yang kita buat samaada kita sendiri sedari ataupun tidak...inilah yang menjadi penghalang kemenangan yang DIJANJIKAN ALLAH..

Wednesday, September 10, 2008

:: WASIAT DARI KU BUATMU Sahabat sahabiahku sekalian! ::


SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!


JIKA DIRIMU SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA TELAH DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!
PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!


JIKA DIRIMU SEORANG SUAMI…


TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…

Daie-daie Yang Penat



Dalam satu majlis, saya telah dijemput untuk menyampaikan kata-kata penutup kepada

ratusan belia lelaki dan perempuan yang usianya sekitar 20–22 tahun. Saya tidak

dapat gambarkan ketika itu betapa gembiranya hati ini kerana melihat masih ramai

lagi anak-anak muda yang mempunyai kecintaan kepada agama dan sentiasa berjuang

menyebarkan fikrah kepada generasi muda yang lain. Mungkin agaknya kerana saya

banyak bergaul dengan golongan belia yang sudah hilang nilai-nilai murni agama

menyebabkan saya agak tergamam dengan suasana yang ada di hadapan ketika itu.

Namun di dalam hati kecil, saya ada perasaan bimbang tentang masa

hadapan mereka 15 atau 20 tahun akan datang. Mampukah bilangan yang mencapai angka

200 orang ini kekal di dalam kancah dakwah atau gugur di tengah jalan ? Ini

persoalan yang saya tidak ada jawapan dan tidak berani memberi apa-apa jawapan.

Pengalaman peribadi menyaksikan bagaimana begitu ramai da'ie-da'ie yang ketika awal

dakwah begitu bersemangat, berkorban siang dan malam, menginfaq harta yang banyak,

bibir sentiasa berzikir, fikiran sentiasa berfikir, yang menjadi idola ramai rakan

dakwah yang lain. Kini ramai diantara mereka sudah menghilang diri dari persada

dakwah. Kadang-kadang saya rasa bingung tentang kenapa perkara ini terjadi?

Dimanakah silapnya tarbiyah yang dilalui ? Suara-suara yang dahulunya mampu

menghidupkan hati-hati yang mati, menyegarkan mata yang layu, membakarkan semangat

yang hampir pudar kini sudah hilang di arus duniawi yang kian sepi. Mereka adalah

da'ie-da'ie yang telah penat.


Sekali-sekala, semasa saya duduk bersendirian, saya merasa amat sedih mengingatkan

akan nasib teman-teman seperjuangan ini terutama apabila membaca ayat Allah swt:

”...dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang

lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini)” – (47:38)


Kebanyakkan mereka bukanlah orang biasa malah mereka memegang kepimpinan,

pencetus kepada kerja-kerja dakwah. Hidup mereka sentiasa di jalanan, hanya pulang

ke rumah untuk berehat seketika, kadangkala tidur pun di dalam kenderaan. Sungguh

mengkagumkan.

Saya cuba memikirkan, apakah punca kepada keletihan da'ie-da'ie ini?

Saya imbau kembali detik-detik perjalanan dakwah satu persatu, tahun ke tahun,

peristiwa demi peristiwa, lalu saya merasakan saya sudah berjumpa dengan jawapannya!

Mereka terlalu sibuk mendidik orang lain sehingga mereka lupa untuk mendidik diri

sendiri.
Mereka jarang merenung diri, mereka tidak pernah beruzlah dan berzikir,

mereka lupa untuk menghisab amalan sendiri. Kalaupun mereka lakukan, ia bukan dibuat

dengan penuh kesungguhan. Keghairahan mereka untuk berdakwah tidak setimpal dengan

bekalan rohani yang ada. Akhirnya mereka kecundang dengan suasana persekitaran.

Mereka tidak dapat bertahan dengan tuntutan kerja yang semakin menekan,

tangisan keluarga yang ingin kerehatan, kehendak peribadi yang tidak pernah

kehabisan. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai semangat terlalu tinggi dan

ghairah untuk mencapai natijah yang cepat hingga mereka mencari jalan yang lain.

Mereka bukan tidak faham tetapi mereka hilang kekuatan. Mereka sudah penat.

Pengalaman menunjukkan, untuk menghidupkan kembali da'ie-da'ie ini bukanlah satu

perkara yang senang apatah lagi mereka ini diistilahkan sebagai ”senior” didalam

kancah perjuangan. Mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk kepada mereka dan

memberikan keampunanNya terhadap ”jasa-jasa” yang telah mereka curahkan di dalam

dakwah. Tiada mereka tiadalah generasi baru hari ini.

Kini terus terang saya katakan, apabila saya mendengar ramai da'ie

pemuda dan pemudi hari ini begitu sibuk siang dan malam berdakwah sehingga sangat

susah untuk cari masa kelapangan, saya tidak lagi kagum seperti dahulu. Ini bukan

bermakna saya tidak menghormati mereka malah saya sentiasa berdoa akan kesejahteraan

mereka. Mudah-mudahan dakwah akan terus melahirkan manusia-manusia seperti ini.

Namun saya ingin memberi peringatan yang keras kepada da'ie-da'ie ini supaya

kesibukan saudara jangan sesekali menyebabkan saudara melupai diri sendiri.

Perjalanan dakwah ini jauh, rintangannya sangat besar yang mana kadang-kadang dia

diluar kawalan kita. Ini semua memerlukan nafas yang sangat panjang, ketahanan diri

yang tinggi, persediaan rohani yang mantap serta kefahaman yang jelas. Ingat, Allah

tidak akan jemu terhadap hamba-hambaNya tetapi hambaNyalah yang selalu jemu di dalam

beribadah. Jangan tertipu dengan aktiviti yang banyak tetapi sebaliknya nilailah

setiap aktiviti itu secara tenang dan objektif, mengukur pencapaiannya baik dari

segi ilmiah juga peningkatan hubungan saudara dengan Allah. Jika ianya positif maka

bersyukurlah tetapi jika sebaliknya maka beristighfarlah dan perbaikilah segera.

Saya teringat kata-kata Imam Al Ghazali tentang bagaimana syaitan menggoda

orang-orang yang kuat beribadat. Jika gagal menghalang, syaitan akan menyuruh abid

itu memperbanyakkan lagi ibadat lalu akhirnya dia merasa bangga dan mula

memperkecilkan orang lain yang kurang ibadat! Lalu mereka tejerumus dalam perangkap

syaitan.
Moga-moga Allah melindungi da'ie-da'ie ini.

Oleh: Aminuddin Yahaya

Sunday, September 7, 2008

:: dariNYA kita datang, kepedaNYA kita kembali ::

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Puan Normala Binti Md Desa, ibunda kepada adik Nurul Syahirah Binti Jamel (syira), aktivis PKPIM serta penuntut di PAUIAM,Petaling Jaya telah kembali ke Rahmatullah pada 6 September 2008 pada 3.43pm...semoga ALLAH merahmati rohnya serta menempatnya di tempat muslimin yang shalih dan bertaqwa...AL-FATIHAH...

pada adikku,syira...akak tahu dirimu sangat tabah...ku mengagumi ketabahan hatimu...kesabaran dirimu dalam menghadapi pelbagai dugaan terutamanya dugaan keluargamu...ketahuilah adikku, seorang PEJUANG AGAMA takkan sunyi ditimpa dugaan dan cabaran...tiada rehat baginya melainkan KESAKITAN DAN KEMATIAN...
kita sekadar pinjaman semata-mata di dunia ini...satupun tiada menjadi milik kita...hatta roh kita..jasad kita, semuanya milikNYA...bersabar dan solatlah...sesungguhnya, dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang...

Friday, July 4, 2008

DIA DALAM KENANGAN

Akhirnya sudah sampai masanya aku berpisah dengannya. rasa sedih jugaklah sebab hampir satu tahun setengah aku bersamanya. banyak budi dan jasanya padaku sehingga tidak dapat aku membalasnya. mungkin sudah sampai masanya kami tidak dapat bersama demi kelancaran kerja-kerja jamaahku. Aku rasa apabila aku bersamanya, aku rasa takut kerana sudah 5 kali 'dia' mengujiku sehingga aku rasa sudah fobia bersamanya. setiap kali aku bersamanya, aku tidak berkeyakinan. 5 kali..bukan sekali dua...tetapi aku masih lagi bersabar sebab aku tahu, pasti ada hikmah aku diuji sebegitu apabila bersamanya..adakah keputusan aku betul-betul tepat atau tidak? apabila ditimbang-timbang, aku nekad dengan keputusanku kali ini..aku mengharapkan agar keputusan yang aku buat kali ini dapat melancarkan gerak kerja jamaah dan pengajianku..
sedih jugak apabila mengenangkan saat-saat kami bersama, berat hati ini untuk berpisah dengannya, namun apa daya, mungkin ini yang terbaik untukku..

Wednesday, May 14, 2008

::KURSUS ASAS FASILITATOR BESTARI ::

Baru-baru ini, Majlis Hal Ehwal Siswi (HEWI) telah mengadakan Kursus Asas Fasilitator bagi melatih para HEWI kampus dan BGN untuk Bengkel Keselamatan Diri Remaja. Kursus ini diadakan pada 10 MEI 2008, Sabtu lepas bertempat di Pusat Pembangunan Keluarga (FEDEC), Ampang.
Kursus ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 5 petang. Kursus ini dikendalikan oleh dua orang wanita berjiwa besar yang sanggup datang dari jauh semata-mata melatih para HEWI yang berminat ini. Saudari Shamsiah Hj Mahli yang merupakan Mantan Pengerusi HEWI selama 2 penggal, 2005-2007. Seorang lagi tenaga pengajar untuk Kursus Asas Fasilitator ini ialah saudari Aminah Ismail yang mesra dikenali sebagai Auntie Am. Kedua-duanya sedang berkhidmat di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Zon Sarawak.

Bengkel Keselamatan Diri Remaja merupakan produk baru Majlis HEWI. Bengkel ini akan memberi kefahaman dan pendidikan kepada remaja terutamanya remaja perempuan bagaimana cara menjaga keselamatan diri serta memelihara diri dari gangguan serta ancaman yang boleh menganggu-gugat maruah mereka. Selain itu, terdapat slot yang memberi kefahaman tentang betapa pentingnya diri seorang wanita itu kepada ummah dan masyarakat. Generasi sekarang adalah pemimpin masa depan.
Selain itu, bengkel ini merupakan langkah permulaan bagi pencegahan terhadap gejala sosial sekarang dan merupakan usaha yang akan digiatkan oleh HEWI PKPIM. Pendidikan sangatlah perlu diberikan kepada remaja. Kadang-kadang mereka ini tidak tahu bahawa hak-hak diri mereka dicabuli. Selain itu, mereka tidak tahu di mana tempatnya dan kepada siapa mereka harus mengadu dan melapor tentang gangguan terhadap keselamatan serta maruah mereka.
Kefahaman yang jelas perlu disajikan kepada remaja tentang peri pentingnya tentang penjagaan hak-hak mereka selaku anak perempuan, pelajar dan anggota masyarakat. Antaranya, terdapat batas-batas serta had yang perlu dijaga semasa pergaulan sesame lelaki dan perempuan termasuklah dengan ahli keluarga sendiri.

Natijah daripada kursus ini, HEWI akan memulakan langkah pertamanya dengan mengadakan Bengkel Keselamatan Diri Remaja di kawasan yang berdekatan dengan FEDEC dalam bentuk kelompok kecil. Selepas itu, HEWI-HEWI kampus dan BGN akan mengadakan bengkel ini di peringkat masing-masing.

Terima kasih kepada kedua-dua pengajar yang datang dari jauh. Demi misi Rahmatan Lil Alamin, HEWI akan terus berjuang sehingga Islam melata dan merata di seantero dunia khususnya Malaysia. Semoga ALLAh mempermudahkan segala-galanya.
NOR AKMARIAH ABDULLAH
Timb. Pengerusi HEWI 2
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
:: GAMBAR - GAMBAR AKTIVITI LATIHAN ASAS FASILITATOR BESTARI ::

:: ucaptama Pengerusi HEWi, saudari Munirah Bahari ::

:: HEWI khusyuk memberi sepenuh perhatian ::

:: penuh semangat Auntie Am dan Kak Sham ::
duduk dari kiri : kak Sham,kak Munirah dan Auntie Am
Berdiri dari kiri : Azimah, Raudhah, Farah, Atikah, Akmariah dan Syira
:: gambar kenang-kenangan ::

Friday, February 22, 2008

PRU 12: WARKAH BUAT TEMAN




Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ke hadapan teman- temanku yang dikasihi.


Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk berkongsi sesuatu dengan teman, memandangkan Pilihanraya Umum ke 12 akan berlansung tidak lama lagi. Tarikh mengundi telah pun diumumkan. Maka gendang ‘perang’ pilihanraya telah pun bergema.Seperti biasa, ahli politiklah manusia yang paling sibuk ketika PRU ini. Mereka akan berhempas pulas memastikan kejayaan di tangan mereka.


Tetapi, biarlah, itu memang tugas mereka pun. Kita hormati peranan mereka. Saya mahu berkongsi dengan teman- teman ialah, apa pula peranan kita sebagai rakyat biasa?Dalam pilihanraya, kita sebagai rakyat diberi tanggungjawab untuk mengundi calon pemimpin yang kita percayai akan membawa perubahan yang baik. Akan tetapi saya menyoal teman- teman yang bijaksana, apakah kita selamanya menjadi pengundi yang pasif? Yang sekadar memangkah calon atau parti tanpa berfikiran kritis?Ah, maafkan saya kerana agak keterlaluan soalnya.


Saya sebenarnya menujukan warkah ini kepada teman- teman saya yang masih muda- muda ini, yang dikatakan belia ini. Sebelum itu tidak terlambat saya alukan teman- teman yang baru sahaja layak mendaftar sebagai pengundi PRU ke 12 ini. Sememangnya saat menjadi pengundi ketika di alam kampus adalah pengalaman yang luar biasa sekali.Teman- temanku,Kenapa saya seru kita supaya tidak menjadi pengundi yang pasif? Sudah pasti teman- teman bertanya- tanya ingin mengetahuinya jawapannya kan?


Beginilah, saya harus berterus terang kepada teman- teman bahawa kita sebagai generasi muda, dan rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai kuasa yang luar biasa, iaitu memilih dan menolak pemimpin yang kita mahu.Dalam pilihanraya, mengundi adalah caranya. Dalam konteks kita hari ini, teman- teman harus menyatakan tuntutan dan hasrat teman- teman kepada bakal- bakal wakil rakyat nanti. Kita harus tegas dalam menuntut hak dan yang paling penting apa yang baik untuk kita.


Saya melontarkan beberapa isu yang perlu kita sama- sama fikirkan, iaitu;


1. Kita belajar hari ini sudah kering daripada biasiswa, yang ada hanyalah pinjaman. Saya rasa ramai yang berhutang ketika belajar dan selepas belajar. Maka, bila berhutang ini, semacam kaki kita terikat sehinggakan asyik terfikir cara membayar hutang. Bukankah dalam Hadith Nabi ada mengatakan sebenarnya orang yang berhutang ini hina di siang hari? Kenapa kita tidak dapat lagi biasiswa? Walhal keuntungan negara agak memberangsakan.


2. Saya percaya mahasiswa sekarang pasti lebih mengenali Mawi daripada mengenali Naib Canselor- Naib Canselor universiti, percaya tak? Sekarang ini prestij universiti sebagai pusat intelektual sudah hilang nilainya. Pelajar semua sudah jadi macam ‘budak’ sekolah, dikawal dan diperhatikan sepanjang masa. Inilah akibatnya apabila universiti telah dijadikan perkakas kepentingan parti politik. Jika itu, lebih baik sahaja universiti ditutup sahaja, sebab hilang maruah akibat kerakusan politik. Kuasa autonomi universiti pun sudah hilang.


3. Nasib bahasa Melayu juga semakin merosot teman- teman. Kita ada pemimpin Melayu di peringkat Eksekutif yang ramai, tetapi bahasa Melayu semakin menyepi. Kenapa ye, wakil- wakil yang kita pilih tidak berusaha memartabatkan bahasa Melayu di tempat yang tinggi?Ini adalah sebahagian isu yang saya rasa teman- teman tahu dan risau.


Sebenarnya banyak lagi isu yang bersepah yang memerlukan perhatian dan tindakan segera. Kerana itulah kita harus menghantar mesej yang jelas kepada bakal pemimpin dan kerajaan akan datang, bahawa kita generasi muda mahukan mandat yang segar dan baru.


Saya kaitkan juga dengan pelbagai masalah luar seperti rasuah kehakiman berleluasa, jenayah meningkat, mutu universiti merosot, gejala sosial meningkat, akhlak pemimpin yang rosak, dan pelbagai lagi.Kita tidak mahu kerja ‘tampal- menampal’ sistem yang rosak ini. Kita juga tidak mahu janji- janji mahu merubah sistem sedia ada yang rosak ini mendatang. Kita sepatutnya jelik dan bosan dengan janji- janji sesetengah wakil rakyat ini. Sebab itu Benjamin Disraeli ada menyatakan tentang politik, “Is the art of governing people by deceiving them”. Maksudnya, politik ialah seni mengurus manusia dengan cara menipu mereka (janji palsu).


Maaf, tidak semua saya katakan ahli politik sebegitu, tetapi ramai yang sebegitu.Justeru apa peranan kita, teman- teman bertanya ya. Kita harus menggerakkan kesedaran kepada semua rakyat dan kita sendiri mengenai hak dan kuasa kita. Kita ada kuasa memilih yang harus dimanfaatkan. Kita harus menggunakan kuasa ini untuk kepentingan dan kebaikan kita.Sebab itu kita perlu faham, bahawa ‘Yang Berhormat’ perlu ditukar kepada ‘Yang Berkhidmat’.


Kita wajib menuntut daripada mereka supaya menunaikan hak dan tuntutan kita, sebab mereka adalah wakil kita dalam parlimen kelak. Nabi Muhammad Sallahu’alaihi Wasallam ada bersabda, “Saiidul kaum, khadimuhum”, maksudnya pemimpin kaum adalah khadam (berkhidmat) kepada kaumnya”.


Maka dengan inilah saya memohon kerjasama teman- teman semua supaya kita menyampaikan tuntutan dan hak kita. Setiap di kalangan kita harus membawa ‘wish list’, misalnya mahukan biasiswa dan pendidikan percuma kepada calon wakil rakyat, dan nyatakan kepada mereka adalah kamu boleh memperjuangkan biasiswa dan pendidikan percuma?


Jika beliau mengatakan boleh, maka kita katakan kita akan menyokong beliau. Jika tidak, kita tinggalkan calon yang tidak berguna ini.Misal yang lain ialah ‘wish list’ kita mahukan jenayah dikurangkan, kita berjumpa dengan calon wakil rakyat dan katakan adalah beliau bersetuju supaya membawa hasrat kita jenayah dikurangkan, jika bersetuju maka kita akan sokong, jika tidak kita kata bye...bye sahaja!


Kerja ini memerlukan kerjasama semualah. Saya tidak memaksa teman- teman untuk memilih siapa dan parti tertentu yang teman- teman cenderung, kerana saya menghormati pandangan semua. Saya juga menyerahkan kebijaksanaan teman- teman untuk memilih yang boleh membawa kebaikan.


Apa yang saya seru ialah SUPAYA HAK DAN TUNTUTAN KITA MENJADI KEUTAMAAN BAKAL PEMIMPIN KITA.Kita harus mencerdaskan dan mendidik rakyat dalam hal ini. Kita tidak mahu rakyat yang tidak cerdik dan bobrok, kerana nescaya pemimpin yang diangkat oleh rakyat pasti di kalangan yang tidak cerdik dan bobrok juga.


Kita mahukan pemimpin yang lahir di kalangan masyarakat ialah mereka yang terbaik, yang mampu memimpin negara...ahh..saya terhimbau sebentar kepimpinan Umar Abdul Aziz yang penuh dengan keberkatan. Itulah yang kita mahukan.


Teman- teman sekalian,


Sebelum akhir, saya sekadar memohon kita sekadar menjadi rakyat dan pengundi yang bijak, yang meletakkan tuntutan dan hak kita di bahu bakal pemimpin akan datang supaya dapat dilaksanakan.


Tugas ini agak sukar dan penat, tetapi saya yakin jika kita buat secara bersama, Insyallah, semua akan senang. Kita mahukan pemimpin yang boleh tunaikan hak kita, itu sahaja. Maka, kita wajib mendidik dan mencerdaskan rakyat.


Selamat mengundi kepada teman- teman yang baru mendaftar!


Yang Ikhlas,

Mohd Hilmi Ramli

PresidenPersatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Gombak

13 TUNTUTAN GENERASI MUDA UNTUK BAKAL-BAKAL CALON DAN KERAJAAN YANG AKAN DATANG

BISMILLĀHIRRAHMĀNIRRAHĪM
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sebagai sebuah komponen dalam masyarakat, kami dengan penuh insaf ingin menyatakan tuntutan dan hasrat kami.

Kami yakin, dalam pembinaan sebuah negara yang demokratik dan berjaya, peranan dan potensi generasi muda tidak harus diabaikan.Kami juga sedar bahawa masa depan negara terletak di bahu generasi muda hari ini.

Maka, kami menyatakan 13 tuntutan yang harus dipertimbangkan oleh bakal- bakal calon dan kerajaan yang akan datang, bagi memastikan agenda mengangkat martabat generasi muda dapat dilaksanakan:

1. Menukar Sains dan Matematik Kepada Bahasa Melayu

Proses pengajaran dan pembelajaran subjek berteraskan Sains dan Matematik dikembalikan kepada bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu agar tidak berlaku kemerosotan pelajar luar bandar. Malah agar minat dan kefahaman pelajar dapat dipertingkatkan jika diajar dalam bahasa Melayu

2. Membanteras Program Hiburan Melampau dan Gejala Hedonisme

Generasi muda harus tidak diekploitasi sebagai konsumer hiburan yang melampau. Potensi mereka harus dibangunkan mengikut modul modal insan yang seimbang. Kerajaan harus mengawal program hiburan.

3. Menolak Universiti Berteraskan Parti politik

Kewujudan universiti berteraskan parti politik tidak membina bangsa yang berkongsi semangat kebangsaan, dari segi bahasa dan ‘worldview’, akhirnya memecahkan lagi pola ketidakseimbangan perpaduan kaum

4. Menuntut Autonomi Universiti

Bukan sekadar autonomi pentadbiran, tetapi autonomi ilmu dan idea. Universiti harus mengekalkan prestij keilmuan dengan tidak membenarkan ahli politik memegang tampuk Canselor dan Naib Canselor, akan tetapi kepada ahli akademik yang ada kredibiliti.

5. Mewajibkan Subjek Falsafah di Semua Universiti dan Pilihan Terbuka Subjek Minor

Ini bertujuan menyeimbangkan mahasiswa dengan elemen berfikir dan kemanusiaan. Malah, subjek minor secara terbuka dapat mengembangkan potensi mahasiswa kelak.

6. Menyediakan Biasiswa dan Bantuan Kewangan

Menuntut pihak kerajaan menyediakan biasiswa pengajian penuh kepada pelajar bumiputera dan bantuan kewangan yang mencukupi kepada pelajar bukan bumiputera, seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Alternatifnya ialah menghapuskan caj 3% yang dikenakan PTPTN serta merta.

7. Menjadikan IPT Sebagai Zon Internet Percuma

Menyediakan kemudahan capaian internet wireless secara percuma dan menyeluruh di seluruh institusi pengajian tinggi, bagi memudahkan proses pembelajaran dan penyelidikan

8. Meminda AUKU

AUKU harus dipinda dan memberi kebebasan mahasiswa untuk berpersatuan dan berpolitik. Legasi AUKU menyebabkan telah lahir generasi yang berjiwa kecil dan pasif.

9. Menolak Pelabelan ‘Pro Kerajaan’ dan ‘Pro Pembangkang’.

Pelabelan ini sebenarnya permainan politik sempit politik kepartian, yang ingin menguasai legitimasi parti di universiti. Label yang tidak sihat ini menyebabkan jurang di kalangan mahasiswa melebar.

10. Menolak Sikap Prejudis Terhadap Program Da’wah di Universiti

Sesetengah universiti menyekat program da’wah seperti gerakan tabligh, usrah dan membincangkan tokoh pemikir Islam. Sikap universiti ini menghalang daripada pembinaan mahasiswa yang kritis dan berperibadi mulia.

11. Mengangkat Tema Islamisasi Sebagai Teras Universiti.

Universiti harus menjadikan universiti sebagai pusat Islamisasi ilmu, dengan memperkenalkan subjek pengajian Islam dengan lebih meluas, dan mendidik mahasiswa supaya jurang ‘compartmentalization’ tidak melebar.

12. Mendaulatkan Bahasa Melayu di Tempatnya.

Bahasa Melayu harus diletakkan sebagai 'the utmost priority' bagi bakal kerajaan. Sikap pemimpin yang meremehkan bahasa Melayu merupakan sikap yang perlu ditolak oleh semua rakyat Malaysia.

13. Melantik Wakil Senator di Kalangan Pelajar

Wakil pelajar ini dapat menyuarakan suara secara langsung dalam Parlimen, secara tidak lansung mengiktiraf pelajar dalam proses pembinaan negara.


:: Tuntutan ini disokong oleh (akan bertambah semasa ke semasa):

1. Akademi Pemikiran Pelajar Islam (APPIM)
2. Alumni Pelajar Islam SBP (APIS)
3. Ikatan Pengajian Islam Pahang (IKATAN)
4. Kelab Intelektual Muda UIAM
5. Kesatuan Pelajar Islam Melaka (KPIM)
6. Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ)
7. Kesatuan Pelajar- Pelajar Islam Perak (KPIP)
8. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK)
9. Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Pulau Pinang (PEMBIMBING)
10. Kesatuan Pembimbing Insan Terengganu (KEPITAR)
11. Persatuan Pelajar Islam Darul Aman (PERSIDA)
12. Persatuan Pendidikan Islam Negeri Sembilan (PPINS)
13. Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS)
14. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
15. Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan dan
Selangor (PEPIAS)
16. Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (PEPIAT)
17. Siswazah Muda ABIM (SISMA) Sabah

Dan individu:
1. Sdr Idzuafi Hadi Kamilan, mantan Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia

Wednesday, February 20, 2008

:: TafsiR SuraH AT TAHRIM ::

12 februari 2008/05 Safar 1429H

TAFSIR : SURAH AT TAHRIIM , Ayat 6-9

RUJUKAN : TAFSIR FI ZILALIL QURAN, AS SYAHID SYED QUTB


TAFSIR AL-AZHAR, PROF.DR HAJI ABDULMALIK ABDULKARIM


AMRULLAH



PEMBENTANG : NOR AKMARIAH ABDULLAH


PENGENALAN SURAH AT TAHRIIM (MENGHARAMKAN)





  1. Surah ke-66 : 12 ayat


  2. Surah Madaniyyah, diturunkan selepas surah Al-Hujurat


  3. Dinamai surah At Tahriim kerana pada awal surah ini terdapat perkatan “tuharrim” “تحرّم ”
    yang kata asalnya at-tahriim yang beerti mengharamkan


  4. Hubungan yang erat dengan surah ke-65 sebelumnya iaitu Surah Ath –Thalaq, kerana surah ini masih beredar di sekitar isu yang berkaitan dengan perempuan lebih-lebih lagi surah ini dijelaskan dengan soal-soal yang timbul dalam rumahtangga Baginda


INTIPATI SURAH

- KEIMANAN
· Kesempatan bertaubat itu hanyalah di dunia saja, segala amal perbuatan manusia di dunia akan dibalas di akhirat kelak
- HUKUM-HUKUM
· Larangan mengharamkan apa yang dibolehkan/dihalalkan ALLAH swt
kewajiban membebaskan diri dari sumpah yang diucapkan untuk mengharamkan yang halal dengan membayar kaffarat
· kewajiban memelihara diri dan keluarga dari azab api neraka
· perintah jihad/ memerangi orang-orang kafir dan munafiq dan berlaku keras terhadap mereka di waktu perang.
- LAIN-LAIN
· Iman dan perbuatan baik atau buruk seseorang tidak bergantung kepada amal dan perbuatan orang lain walaupun antara suami isteri seperti isteri-isteri Nabi Nuh a.s, isteri Nabi Luth a.s, isteri Fir’aun dan Maryam.
· Beberapa tuntutan dalam kehidupan berumahtangga.

Ayat 6

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”



TAFSIRAN AYAT
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka”
- Mengakui beriman tidak belum cukup, iman mestilah dipupuk dan dipelihara dan dengan dasar iman inilah, seseorang itu menjaga keselamatan dirinya dan seisi keluarganya dari azab api neraka
- Dari institusi kekeluargaan/rumahtangga itulah dimulai dengan penanaman IMAN dan pemupukkan nilai-nilai ISLAM
- Jelaslah bahawa IMAN itu mula ditumbuhkan dengan diri individu tersebut, kemudian baru dianjurkan mendirikan rumahtangga. Diperintahkan nikah kahwin menurut peraturan tertentu. - Dalam surah ke-30,Ar-Rum, ayat ke-21 diterangkan bahawa salah satu daripada kebesaran ALLAH ialah diciptakan ALLAH untuk kamu, isteri-isteri kamu, supaya kamu merasa tenteram dengannya, dan dijadikan oleh ALLAH di antara kamu mawaddah yang beerti cinta dan rahmah yang beerti kasih saying, iaitu dipadukan hati dan dimesrakan hidup suami isteri.
- Setelah ayat perintah agar seorag mu’min memelihara diri dan keluarganya dari azab api neraka ini turun, bertanyalah Saidina ‘Umar Al-Khaththaab kepada Rasulullah saw : “ kita telah memelihara diri sendiri daripada api neraka, dan bagaimana pula caranya kita memelihara ahli keluarga kia dari neraka?”
- Rasulullah saw. menjawab :
تنهونهم عمّا نهاكم الله وتأمرونهم بما أمرالله
“kamu laranglah mereka dari segala perbuatan yang dilarang ALLAH dan suruhlah mereka mengerjakan apa yang diperintahkan ALLAh.” (riwayat dari Al-Qusyairiy, dalam tafsir Al-Qurthubiy)


“ yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”


· Manusia yang derhaka kepada Tuhan, yang hidup di dunia ini tiada bernilai kerana dipenuhi oleh dosa, dan samalah keadaannya dengan batu-batu yang berserakan di tengah-tengah pasir dan sebagainya.

· Disebutkan di atasnya kerana Allah memberikan kekuasaan kepada malaikat-malaikat itu menjaga dan mengawal neraka itu, agar apinya selalu menyala, agar alat penyalanya selalu sedia,baik batu mahupun manusia.
· Sikap-sikap malaikat yang keras lagi kasar menunjukkan bahawa sikap itulah yang sesuai mengambarkan keadaan dalam neraka sebagai tempat menghukum mereka yang ingkar.

· Di hujung ayat 6 ini menunjukkan bahawa betapa kerasnya disiplin serta peraturan yang dijalankan dan dijaga oleh malaikat-malaikat , nampaknya mereka sangat patuh dan taat kepada ALLAH serta tidak merubah dan tidak membantah.

Ayat 7

“ Hai orang-orang kafir, janganlah kamu mengemukakan uzur (alasan membela diri) pada hari ini. Sesungguhnya kamu akan diberi balasan menurut apa yang kamu kerjakan”


TAFSIRAN AYAT

“ Hai orang-orang kafir,
· Ertinya wahai orang2 yang tidak percaya akan seruan ini, agar kamu peliharadirimu dan keluargamu,isteri2 serta anak2 dan kamu berbuat hanya berbuat sekehandak hatimu saja di dunia, ketahuilah bahawa azab api neraka itu pasti kamu deritai kelak.

“ janganlah kamu mengemukakan uzur (alasan membela diri) pada hari ini.Sesungguhnya kamu akan diberi balasan menurut apa yang kamu kerjakan”
· Bahawa balasan yang kamu terima adalah setimpal dengan kesalahan yang telah kamu perbuat. Yang kamu perhatikan selama hidup di dunia hanyalah kekayaan, kebendaan, mmbanggakan diri, makan minum sebagaimana makan minumnya binatang belaka, tidak mempunya cita-cita, tidak mengingat masa hadapan(alam akhirat)
· Dirimu sendiri kamu sia-siakan, jiwa tidak dibersihkan, akal tidak digunakan untuk berfikir. Sebab itu, tiada wibawa terhadap isteri dan anak-anak sendiripun tidak merasa segan dan takut pada ayahnya. Harta benda mungkin banyak dikumpulkan padahal jiwa kosong dari pemikiran dan cita-cita hari hadapan.
· Maka peringatan Tuhan tentang seramnya api neraka, yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu, penjaganya malaikat2 yang bengis lagi kasar bukanlah suatu janji yang kejam.
· Allah bukan sekali-kali menyukai kira menuju ke sana, dan sebab itulah diperingatkan dari sekarang. Iaitu supaya ditempuhi kehidupan yang penuh cabaran ini menurut tuntutan Allah dan Rasul, agar selamat dan terlepas dari azab api neraka.

Ayat 8

Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat sebaik-baiknya. Mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari Allah tidak akan mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata “ Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami, cahaya kami dan ampunilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” ”


TAFSIRAN AYAT

“ Hai orang-orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat sebaik-baiknya.


- Orang yang beriman disuruh dan digesa untuk bertaubat dengan sebaik-baik taubat iaitu TAUBAT NASUHA (nashuuh=BERSIH)…Rasulullah meminta ampun dan bertaubat kepada ALLAH sampai tujuh puluh kali sehari (riwayat Bukhari)/sampai seratus kali sehari (riwayat Muslim. Oleh sebab itu. Berkatalah Al-Qurthubiy dalam tafsirnya bahawa bertaubat itu adalah fardhu ‘ain atas tiap-tiap mu’min dalam tiap-tiap hal dan tiap-tiap zaman apatah lagi zaman kita yang porak peranda ummatnya.
- Mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
- Mudah-mudah (عسى),dipakai oleh ALLAH, ertinya PASTI. Tegasnya kalau seseorang benar-benar bertaubat nasuha, pastilah ALLAH akan menghapusi dosanya dan menghapuskan kesan buruk yang selama ini lekat pada peribadinya.
- Dua janji yang PASTI dariNYA, pertama orang yang benar-benar bertaubat nasuha akan diperbaiki kehidupannya (buruk kepada baik), kedua, jaminan dimasukkan ke dalam SYURGA.
pada hari Allah tidak akan mengecewakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersamanya, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka berkata “ Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami, cahaya kami dan ampunilah kami.
- Ganjaran yang tak ternilai sebagai balasan jerih perih perjuangan menegakkan kebenaran, menyeru manusia kembali kepada ALLAH ketika di dunia, hadiahnya SYURGA.
Cahaya yang akan bersinar di Akhirat iaitu cahaya Iman.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” ”


Allah mampu mengubah keadaan seseorang yang taat berputar menjadi sesat atau terjerumus dalam kehinaan,bila ALLAH berkehendak, tiada yang MUSTAHIL

Ayat 9

“ Wahai Nabi, perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik serta bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”

TAFSIRAN AYAT
“ Wahai Nabi,
· Perhatikan kembali ayat ini dan ayat-ayat yang lain yang serupa dengannya. Allah tidak pernah memanggil Nabi menurut namanya sendiri. Kepada Nabi Muhammad sepertimana Allah ucapkan kepada nabi-nabi lain, sebagai “wahai Musa”, ”wahai Adam” atau ”wahai Luth tetapi kalau memanggil Baginda dengan panggilan jawatan baginda, “wahai Rasul”, “wahai Nabi”, “wahai yang berselimut”.

perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik
· Bukanlah dimaksudkan semata-mata berperang seperti yang difahami iaitu memggunakan senjata dengan kekerasan. Sebab pokok kata diertikan ialah JIHAD.
· Erti JIHAD ialah kerja keras dengan segala kesungguhan, atau lawanlah, tentanglah, desaklah orang-orang kafir dan munafik itu dengan melakukan segala macam usaha, dengan harta, tenaga, lisan maupun tulisan
· Al-Qurthubiy menjelaskan bahawa menghadapi orang-orang kafir bukan saja dengan pedang tetapi juga dengan pelajaran yang baik(tauladan), dengan da’wah dan juga doa serta seruan

serta bersikap keraslah terhadap mereka. Tempat mereka adalah neraka Jahannam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”

· Ahli-ahli tafsir menafsirkan bahawa seruan jihad adalah lebih umum daripada seruan bersikap keras.
· Memerangi kekafiran tidak selau mesti keras, kadang-kadang musuh dapat ditundukkan dengan sikap lemah-lembut atau hujah yang benar lagi tepat. Sikap keras ini hanyalah untuk orang-orang munafiq.
· Pengakhiran untuk manusia-manusia ingkar hanyalah NERAKA.



KESIMPULAN
* Pembinaan dan pembangunan keluarga Muslim. Terutama sekali terlebih dahulu diatur kedamaian rumahtangga, menerima rezeki yang halal dariNYA, kedamaian dalam pergaulan, menerima ni’mat Allah dan tidak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Suri teladan ialah pada kehidupan Rasulullah saw.

* Peringatan terhadap tiap-tiap yang beriman bagaimana besarnya tanggungjawab memimpin isteri dan anak-anak dalam kehidupan berbakti kepadaNYA

* Peringatan bahawa perjalanan yang panjang ini, mesti terdapat khilaf dan alpa, dosa yang kecil mahupun yang besar. Namun dalam hal ini masih ada peluang dan ruang selagi masih ada iman di dada dan hendaklah kembali serta segeralah bertaubat padaNya dengan TAUBAT NASUHA.
___________________________________

:: Alhamdulillah selesai membentangkan tafsir Surah At Tahrim, ayat 6-9, moga apa yang dibentangkan dapat dijadikan iktibar dalam menjalani kehidupan serta diasimilasikan dalam gerak kerja kita seharian
:: mohon maaf atas kekhilafan serta ketidaksempurnaan pembentangan serta makalah ini. Moga diambil pengajaran dan panduan di hari muka. Moga apa yang dibentangkan ini diterimaNya sebagai bekalan di sana kelak, disamping cita-cita kita untuk melihat ISLAM melata dan merata di muka bumi ALLAH. Ameen.