Saturday, June 26, 2010

GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA




- ANTARA IDELISME DENGAN MATLAMAT -
Oleh ABD. Rahim ABD. Rashid


GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita, liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang bukan sahaja bersifat gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh isu asas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

Isu jantina yang menjadi landasan perjuangan gerakan feminisme di Malaysia dapat diatasi sekali gus sekiranya isu asas yang mencengkam masyarakat seperti kemiskinan, kemunduran, pemodenan, keadilan sosial, dan pergeseran kelas sudah dapat ditangani dengan baik. Namun, ada pihak yang berpendapat bahawa langkah menangani isu jantina perlu diberi keutamaan untuk membanteras kemiskinan, kemunduran, merintiskan pemodenan, meluaskan keadilan sosial, dan mengurangkan pergeseran kelas yang diwarisi oleh masyarakat membangun.

Beberapa gerakan feminisme yang dianjurkan di luar negara melalui persidangan antarabangsa seperti di Beijing (1996) dan di Nairobi (1985) memberi kesan yang meluas terhadap kemunculan gerakan feminisme di negara membangun. Satu jawatankuasa di peringkat antarabangsa dibentuk bagi menghidupkan hala tuju perjuangan gerakan feminisme di negara membangun. Dari semasa ke semasa, resolusi berkaitan dengan perjuangan feminisme diluluskan untuk dikemukakan kepada pemimpin di negara mem~ bangun dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk diterima pakai sebagai dasar pembaharuan dan perubahan bagi wanita.

Dasar jantina diluaskan dalam pelbagai bidang meliputi politik, kepemimpinan, pekerjaan, profesionalisme, pendidikan, kurikulum pengajian jantina, dan sebagainya.
Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang tidak sihat mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan permusuhan antara kaum wanita dengan lelaki. Gerakan pembebasan wanita di Barat memulakan era baru peranan wanita yang lebih luas yang mempunyai persamaan dengan lelaki.

Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Timur kuat dipengarnhi oleh budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan oleh wanita. Walaupun angin pemodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru peranan wanita Timur, faktor keagamaan dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang kesetiaan, tanggungiawab, nilai hidup, peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perlu dipertahankan oleh wanita dalam masyarakat moden.
Pemodenan tidak bermakna membuang semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja yang dianggap moden oleh masyarakat Barat. Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau ekstrem dan membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada wanita tidak bermakna, jika bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat Timur yang kaya dengan kesopanan dan peradaban. Faktor kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh dalam mencorakkan pergerakan feminisme dan penonjolan isu jantina dalam masyarakat membangun.


Perspektif moral mempunyai kesan yang kuat ke atas pergerakan feminisme Malaysia, khususnya. Masyarakat Timur tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku wanita yang bercanggah dengan nilai budaya, keagamaan, dan etika yang bertopengkan perjuangan liberalisasi menuntut hak individu, hak persamaan dengan lelaki, dan hak kebebasan seks yang bercanggah dengan ajaran agama dan tamadun hidup ketimuran.
Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat sering mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam membawa perubahan nasib wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman jahiliah moden, wanita diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya membuka ruang yang lebih luas kepada eksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita menjadi alat komersial yang begitu canggih dan mudah digunakan untuk pelbagai tujuan.


Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari segi yang lain, gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak yang lebih luas mengatasi lelaki.


Gerakan feminisme di Barat umumnya mencerminkan kegagalan wanita dalam kehidupan berkeluarga dan perkahwinan.


Gerakan feminisme dapat dikira sebagai persaingan wanita dengan lelaki. Eksploitasi wanita dari segi imej, status, moral, seks, dan biologikal, khususnya melalui iklan perdagangan, mendorong perjuangan feminisme untuk menghapuskan sebarang bentuk eksploitasi, diskriminasi, prejudis, stereotaip, berat sebelah, dan melemahkan semangat yang berlaku dengan meluas terhadap wanita. Dari satu segi, terdapat kesedaran dan kesungguhan untuk mengangkat dan membina status, imej, dan moral.
Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan masyarakat Barat.


DALAM arena politik, ketrampilan dan kebolehan wanita umumnya tidak menonjol. Dalam banyak hal, wanita masih bergantung dan mengharapkan ihsan serta sokongan lelaki. Walaupun terdapat sebilangan kecil pemimpin wanita yang cuba mengeksploitasi isu jantina sebagai modal politik untuk meraih sokongan wanita, kebolehan pemimpin wanita untuk merobah imej negatif dan stereotaip terhadap wanita masih belum berjaya.

Dari segi biologinya dan emosinya, wanita masih dikira lemah berbanding dengan lelaki. Faktor keemosian sering mengatasi kekuatan intelektual apabila terpaksa berhadapan dengan isu yang mencabar kredibiliti sosial dan moral mereka.


Agenda penstrukturan semula sosial terhadap jantina menjadi semakin penting dan mempengaruhi kecenderungan perkembangan jantina dan wanita dalam masyarakat moden dengan menggunakan perspektif positif pembinaan imej, peranan, dan status wanita. Isu jantina semakin menarik perhatian dalam kerangka pergerakan golongan reformis feminisme di kebanyakan negara membangun yang dianggotai oleh golongan intelek dan kelas menengah wanita yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Perspektif sosiologi yang berasaskan teori fungsi pembiakan yang menekankan faktor biologi, perahan, dan status tradisional wanita dilihat mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pembinaan imej, fungsi, dan status baru wanita moden yang membawa perubahan yang besar kepada kedudukan, status, dan peranan wanita.


DEWAN BUDAYA, OGOS 1998, BIL 8 JIL 20, M/S 10-11

Wednesday, June 23, 2010

Pertunangan ; Khitbah





بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصرهووالاه




Pertunangan ; Khitbah




Sebagaimana yang umum ketahui, maknanya sahaja menggambarkan perbezaan jelas antara Khitbah (meminang, melamar) dan pernikahan. Meminang tidak lain hanya sebagai pemula kepada perkahwinan. Mungkin juga sebagai sebuah pendahuluan.




Dalam kamus bahasa dunia, istilah “khitbah” (pertunangan) dan “zawaj” (perkahwinan) dibezakan dengan jelas. Menurut kata adat, turut membezakan antara lelaki yang sudah bertunang dengan yang sudah berkahwin. Manakala, syariat dengan jelas membezakan perlakuan hasil daripada perbezaan kedua istilah tersebut.



Maka, khitbah (bertunang) merupakan perbuatan mengumumkan keinginan untuk menikahi, sedangkan zawaj (berkahwin) adalah sebuah akad nikah yang mengikat dengan utuh melalui perjanjian-perjanjian syari’e perihal batas,syarat,hak dan akibat di dalam menjalani kehidupan berumah tangga.




ALLAH SWT telah menyatakan di dalam Al-Quran perihal kedua-dua perkara tersebut;




"Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita (yang
suaminya telah meninggal dan masih dalam 'iddah) itu dengan
sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini
mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan
menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu
mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali
sekadar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf
(sindiran yang baik). Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap
hati) untuk beraqad nikah sebelum habis 'iddahnya."

[Al-Baqarah: 235]




Pelangsungan khitbah walau hanya sebagai sebuah upacara, ia tidak memberi hak kepada si peminang (lelaki) atau wanita berhubung dalam keadaan mendapat kemurkaan ALLAH SWT. Contoh misalan berdua-duaan di kawasan sunyi, bersentuhan, melayani ungkapan-ungkapan cinta demi memenuhi keinginan syahwat atau namakan sahaja larangan yang jelas diharamkan oleh ALLAH SWT sebelum akad nikah dijalankan. Ia tetap haram.




Lalu dihadirkan tujuan pengharaman di sisi Islam dalam hal campur gaul lelaki-wanita samada dalam tempoh bertunang atau sebagai kenalan;




1. Jika dahulu tumpuan boleh diberikan kepada pelajaran dengan sepenuhnya, tetapi apabila berpacaran, isu dan masalah menambah beban diri. Bahagia yang kononnya diharap sebagai motivasi agar lebih berjaya dalam pengajian, rupanya menjadi pendorong kepada kegagalan yang sengaja dirancang.




2. Bayangkan, salah laku moral seperti seks bebas, pelakuan larangan yang memalukan diri dikongsi, diceritakan si teman lelaki kepada teman-teman rapat. Natijahnya, apabila sigadis bersama bersosial bersama rakan-rakan teman lelakinya, maka pandangan “kemurahan diri” gadis tersebut menjadikan dirinya tidak dihormati.




3. Si gadis yang dulunya bersungguh merelakan jiwa dan raganya diserahkan untuk keserakahan nafsu lelaki yang dayus, akhirnya bila hubungan haram terputus, menderitalah si gadis yang kehilangan mahkotanya. Lalu, menjadi tekanan berpanjangan demi penyesalan.




4. Apakah mungkin gadis yang dahulunya diusung ke sana ke mari oleh teman lelakinya, dilihat-ditangkap khalwat di tempat awam akan mendapat tempat di kalangan umum. Andai dulu di Kolej atau Universiti, gadis dan jejaka itu diketahui akan kemungkaran yang dilakukan mereka atas nama cinta. Apakah cerita mereka terhenti begitu sahaja? Berkemungkinankah gadis tersebut mendapat simpati atau rasa cinta dari sang lelaki lain untuk memperisterikan diri?




Justeru, khitbah difahami sebagai satu cara menghalangi agar si wanita yang suci daripada dipinangi oleh lelaki lain. Sabda Rasulullah SAW;




“Tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mendapatkan izin daripada si peminang tersebut”

[HR Bukhari]




Wanita yang dipinangi tetap sebagai orang asing (bukan mahram) bagi si peminang sehingga akad nikah berlangsung melalui kebenaran neraca syara’ melalui lafaz-lafaz tertentu.




Selagi akad nikah melalui ijab dan kabul tidak terlaksana, maka semestinya perkahwinan itu tidak pernah wujud samada menurut syara’, adat atau undang-undang. Tidak halal bagi keduanya untuk berduaan tanpa disertai oleh teman si gadis. Jika syara’ mengatakan bahawa lelaki yang baru mengahwini seorang wanita, lalu menceraikanya sebelum dcampuri, maka mahar yang wajib diberi adalah separuh harga. Sebagaimana firman ALLAH SWT;




"Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu
mencampuri mereka, padahal sesungguhnya kamu telah
menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang
telah kamu tentukan itu, kecuali jika isteri-isterimu itu
memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan
nikah ..."

[Al Baqarah: 237]




Bagi peminang yang meninggalkan pinanganya, tidak wajib ke atas lelaki tersebut menerima ketetapan wajib melainkan hukum adat dan moral yang tercalar. Justeru, mana mungkin kebenaran diberikan kepada lelaki untuk memperlakukan wanita pinangan sebagaimana diperlakukan kepada orang yang telah menjalani akad nikah.




Maka, samada kepada lelaki atau wanita usah dibuai dengan ungkapan yang meluntur iman. Contohya, apabila pasangan tetap mempertahankan syara’ untuk tidak melanggari tatasusila sebagai bukan mahram. Usah layu dipujuk rayu demi nafsu. Kononya, berjumpa selalu tidak mengapa; “kerana I dan U tak lama lagi akan bersatu!”




"... Barangsiapa melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah
orang-orang yang zhalim."

[Al Baqarah: 229)



Justeru, awasilah para wali, ibu dan bapa-bapa kepada anak-anak yang masih di dalam tempoh pertunangan. Hanya disebabkan keenakkan melayani nafsu yang sementara sifatnya, terus berlangsung kehidupan yang perit hasil pelakuan dosa terdahulu.




Andai barakah daripada ALLAH SWT melalui takwa tidak diperolehi insan, bagaimana proses kelangsungan kehidupan? Kitakah yang menetapkan kejayaan perkaheinan? Urusan akidah, akhlak anak-anak? Atau sengaja ALLAH SWT Yang Maha Mulia lambatkan balasan. Ketika usia lanjut, walau harta bertimbun tetapi ALLAH SWT turunkan balasanNYA dalam keadaan tidak disangka-sangka...





"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, serta

takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka

adalah orang-orang yang mendapat kemenangan."

[An Nur: 52]





Akukah itu?





Wallahu’alam





وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وبارك وسلم أجمعين، والحمد لله رب العالمين





Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy:

Almukminun

1 Rabiul’awwal 1430H

http://almukminun.blogspot.com/2009/02/pertunangan-khitbah.html

Sunday, June 20, 2010

B.A.N.G.G.A sebagai anakmu, ayah..



Selamat hari bapa, ayah..

aku bangga menjadi anakmu. sukar ku gambarkan perasaan ini. syukur alhamdulillah kepada Allah kerna aku dikurniakan ayah yang mempunyai sifat-sifat QAWWAMUN..aku juga bersyukur kerna ayahku selalu menjadi inspirasiku, penyuntik semangatku di saat aku keliru & lemah terutama dalam akademikku. walaupun ayahku bukan lulusan universiti tapi falsafahnya itu kadang-kadang mengalahkan aku yang lulusan universiti..

ayah,

sejak kecil lagi, aku bangga digelar menjadi anak kesayanganmu. malah gaya potongang rambutku pasti mengikut gaya potongan rambutmu. jika rambutmu disisir belah ke tepi, ke tepi juga rambutku disisirkan.

ayah,

di saat aku keresahan semasa dalam peperangan akademikku, kau titipkan semangat buatku..kau tenangkan dengan kata-kata falsafahmu.."jangan takut untuk berjaya..ibarat kita melihat hutan..dari jauh kita nampak hutan itu gelap, hitam, tebal. kita tak tahu apa yang ada di dalamnya..usah takut untuk melangkah ke hadapan..melangkahlah..mungkin di dalam hutan itu, terdapat tempat istirehat yang benar-benar nyaman & menenangkan..begitu jua soal belajar..setiap pekerjaan memerlukan usaha, begitu juga hendak berjaya..usah takut untuk berusaha..melangkahlah dengan yakin..kau pasti boleh, ayah yakin.."
aku terdiam..kelu..memikirkan..benar katamu itu..

ayah,

dirimu pernah dicalonkan sebagai bapa mithali wakil JKKK kampung kita..puas kak long menelefon kami untuk dikemaskini data peribadi anak-anakmu yang berada jauh darimu. namun aku ukup terkesan dengan kata-kata Kak Uda.." Ayah, walaupun ayah tak terpilih menjadi Bapa Mithali, ayah tetap mithali di jiwa kami."..

bersambung...(ibuku yang B.E.R.J.A.S.A sedang memanggil..akan ku sambung cerita ini : mode : @kampung )

Yusuf Islam - Father & Son



Father
It's not time to make a change,
Just relax, take it easy.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to know.
Find a girl, settle down,
If you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.

I was once like you are now, and I know that it's not easy,
To be calm when you've found something going on.
But take your time, think a lot,
Why, think of everything you've got.
For you will still be here tomorrow, but your dreams may not.

Son
How can I try to explain, when I do he turns away again.
It's always been the same, same old story.
From the moment I could talk I was ordered to listen.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.

Father
It's not time to make a change,
Just sit down, take it slowly.
You're still young, that's your fault,
There's so much you have to go through.
Find a girl, settle down,
if you want you can marry.
Look at me, I am old, but I'm happy.
(Son-- Away Away Away, I know I have to
Make this decision alone - no)
Son
All the times that I cried, keeping all the things I knew inside,
It's hard, but it's harder to ignore it.
If they were right, I'd agree, but it's them you know not me.
Now there's a way and I know that I have to go away.
I know I have to go.
(Father-- Stay Stay Stay, Why must you go and
make this decision alone?)

Cat Stevens Father And Son lyrics

Ayah

Ayah by Peterpan (Dedicated to my father)



Dimana akan kucari
Aku menangis seorang diri
Hatiku selalu ingin bertemu
Untukmu aku bernyanyi

Chorus

Untuk ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata dipipiku
Ayah Dengarkanlah
Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

Lihatlah hari berganti
Namun tiada seindah dulu
Datanglah aku ingin bertemu
Denganmu aku bernyanyi


Chorus

Untuk ayah tercinta
Aku ingin bernyanyi
Walau air mata dipipiku
Ayah Dengarkanlah

Aku ingin berjumpa
Walau hanya dalam mimpi

:: SELAMAT HARI BAPA ::



Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Tuesday, June 15, 2010

DOA bulan REJaB , SYA'ABAN & RAMADHAN




Ertinya: Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.
Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia.

Maha suci Allah, Tuhan 7 petala langit dan Tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.