Wednesday, September 12, 2007

LaPtoP oH LapTOp

Banyak betul ujian yang menimpa aku minggu ini...macam-macam ada...inilah TARBIAH terus aku dapat dariNYA...sehinggakan aku tidak tahu hendak mulakan dari mana...biarlah aku mulakan dengan kes LAPTOP aku hilang semasa MPAT ke-46...harta kesayangan aku ini dipinjamkan kepada seorang sahabat ini untuk digunakan semasa program KONVESYEN IPTS pada hari jumaat lepas, jadi aku memang sudah biasa bekerjasama dengannya, jadi tidak jadi masalah bagiku untuk meminjamkannya...lagi lah aku sudah berjanji pada diriku bahawa laptop yang aku beli ni pun memang untuk memudahkan kerja-kerja jamaah di samping kerja-kerja akademikku...maka, itu tak jadi masalah asalkan dijaga dengan baik...

Sebelum program KONVESYEN 3K (Kepimpinan. Keusahawanan, Kemahiran) IPTS itu tamat, aku memohon untuk keluar awal dan aku sempat memesan pada sahabat ini untuk menjaga laptop aku dan dia, aku amanahkan untuk menyimpan laptop itu...dengan senang hati aku terus ke DEWAN PERDANA,MFI untuk melihat gerak kerja terakhir MALAM PENGKISAHAN PARA DAIE memandangkan aku diamanahkan sebagai setiausaha program...begitulah rutin pekerja AGAMA ALLAH...Demi melihat ISLAM di hati seluruh ummat manusia, pelbagai perkara harus ku korbankan hatta insan-insan yang ku rindui dan sayangi...

Suasana dalam dewan yang kelam-kabut dan kesibukkan untuk memastikan perjalanan majlis pada malam itu berjalan dengan lancar meluputkan ingatanku kepada laptopku...yang ada dalam fikiranku sekarang adalah MALAM PENGKISAHAN PARA DAIE...sehinggalah selesai sudah kerja-kerja bedah siasat "post-moteem" majlis malam itu, barulah aku teringatkan laptop aku, itu pun disebabkan aku mahu menyiapkan laporan program pada malam itu...
Lalu aku tanyakan sahabat tadi, di mana dia simpankan laptop aku sedangkan pada petang tadi aku sudah cari laptop ku dalam bilik gerakan tapi tiada...sahabatku ini dengan tenang menjawab mungkin ada antara sahabat kita yang pinjam kot..alhamdulillah sebab dalam fikiran aku ini sudah bermacam-macam perkara negatif yang bermain...jadi, disebabkan kepenatan yang amat sangat aku pun melabuhkan tirai malam dengan lenanya...mana tidaknya, pada hari jumaat itu, aku dapat tugasan secara mengejut...kedua-dua tugasan ini menguji kesabaranku...disebabkan patuh dan wala' pada kakak-kakak dan abang-abang, aku terima tugasan tersebut dengan rela hati serta mengatakan aku akan buat sedaya mana aku mampu, almaklumlah diberikan tugasan tanpa persediaan langsung...

Inilah istimewanya PKPIM...mengajar ahlinya supaya sentiasa BERSEDIA walaupun DALAM KEADAAN TIDAK BERSEDIA...atau lebih mantap lagi BERSEDIA UNTUK TIDAK BERSEDIA...jadi, aku terpaksa memikul tugasan mengejut sebagai moderator untuk satu slot yang disampaikan oleh setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) merangkap sebagai ahli majlis tertinggi Majlis Belia Malaysia iaitu saudara Khairul Arifin Munir...bila tugasan pertama selesai dilaksanakan, datang pula tugasan kedua secara tidak diundang oleh Naib Presiden Kebangsaan PKPIM, saudara Abdul Muntaqim...aku diminta menjadi fasilitator untuk slot Pelan Tindakan bagi program Konvensyen 3K IPTS…
Sebenarnya, aku serba salah untuk menerimanya memandangkan aku memang banyak tugasan yang belum disiapkan untuk Malam Pengkisahan Para Daie...demi melihat kelancaran program ini, aku rela untuk berbuat apa sahaja, jadi aku terima lah...

Berbalik kepada kisah laptop tadi,memandangkan aku percaya bahawa laptop itu ada orang yang meminjamnya membuatkan aku tidak memikirkannya pada pagi sabtu tu...perjalanan pagi itu berlalu dengan tenang...Pada petang itu, aku merasakan akan kerinduan pada barangan kesayanganku ini, almaklumlah laptop baru...bukannya apa, tempat orang yang ramai dan asing bagiku ini menyebabkan fikiran aku bercelaru dan hati ini sentiasa bertanya di manakah gerangan laptop ini...sehinggalah pada malam hari itu, aku bertanya lagi pada sahabat yang aku amanahkan untuk menjaga laptopku ini, dia pun tidak pasti siapa yang meminjam laptopku memandangkan tempat di mana laptop itu ditempatkan tidak ada kat situ...

Hiba rasanya hati ini...hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan aku ketika itu...masa itu jugalah aku teringatkan mak dan ayah kat kampung...bila balik raya nanti, mesti punya mereka akan bertanyakan laptop aku...ku gagahi jua diri ini agar bersikap tenang, pada individu tertentu saja aku khabarkan akan kehilangan laptopku ini terutamanya kakak-kakak kesayanganku...kak Syida,kak Diyana,kak Syams, kak Mija,kak Sal, kak Maya, kak Mun dan tak lupa juga abang Firdaus...inilah mentor-mentorku...masa itu kak Lid yang sentiasa aku berkongsi masalah dengannya tiada di situ memandangkan dia ada seminar di tempat kerjanya...semuanya terkejut dan meminta agar aku bersikap positif dan sabar...itulah kekuatan UKHUWWAH antara kami, sesiapa yang ditimpa MUSIBAH pasti ada yang menenangnya...terharu betul dengan keprihatinan semua...secara tidak langsung, hati ini terubat jua dan aku serahkan hanya pada ALLAH yang menentukan yang mana TERBAIK bagiku...

Semua tempat sudah dicari,pertamanya dengan kak Syida...keduanya, aku dengan kak Diyana menyelongkar hampir keseluruhan tempat termasuklah bilik gerakan yang diibaratkan kami macam tongkang pecah, namun laptop yang di cari masih lagi tak kami ketemui...aku perlu gigih mencari, memandangkan hari ini hari terakhir aku berada di MFI...namun, aku tidak berkesempatan mencarinya memandangkan aku terpaksa di dalam dewan untuk mendengar perbahasan usul...itulah yang dinasihatkan oleh kak Diyana,aulawiyat aku sekarang perlu ada di dalam dewan...aku turuti nasihatnya walaupun hati ini tidak keruan...untuk pengetahuan sahabat-sahabat yang hadir pada MPAT ke-46 yang lalu,kebanyakan mesti merasa hairan kenapa aku asyik naik turun pentas je...adakah aku tidak serius untuk mendengar perbahasan usul yang dibahaskan? Sebenarnya inilah situasi yang aku hadapi...terima kasih Nadiah, “partner baruku” kerana menasihati aku banyak-banyak bersabar ketika kami bersama di atas pentas...

Seusai MPAT ke-46, selepas ucapan penangguhan daripada Presiden PKPIM yang baru, saudara Mohd Hilmi Ramli,aku masih memikirkan di mana laptopku...aku cuba untuk bersikap tenang di hadapan sahabat-sahabat dan adik-adikku...aku bersegera mengemas segala baranganku untuk pulang ke tempat kediamanku, dalam hati ini, aku merintih keseorangan...berat benar TARBIAH ALLAH terhadapku kali ini...beban dakwah serta taklifan yang baru menuntut kesabaranku...aku cuba untuk melupakan hal laptopku lalu aku sibukkan diri untuk mengemas dewan memandangkan aku merupakan salah seorang daripada penggerak MPAT ke-46...

Sedang aku mengemas kerusi serta meja, sahabat yang diamanahkan untuk menjaga laptopku ini datang menanyakan laptopku adakah sudah ditemui atau belum...aku rasa aku bersikap tidak sepatutnya apabila menjawab persoalan yang ditanya, aku tidak bermanis muka seperti selalu, bukan menyalahkan dirinya kenapa tidak menjaga laptop dengan baik, tetapi beban perasaan yang aku tanggung ketika itu tidak mengizinkan aku untuk bermanis muka, masa itulah aku tahu itulah kemuncak ujianNYA, bagaimana aku mengawal perasaan dan tindakanku semasa dilanda ujian yang berat terutamanya berhadapan dengan individu yang berkaitan dengan kehilangan laptopku...aku berharap sangat-sangat sahabatku tadi tidak berkecil hati dan aku pun faham perasaan bersalahnya ketika itu...kita sama-sama tengah di uji, sahabat...secara jujurnya, aku memang tidak menyalahkannya memandangkan perkara dah terjadi, cuma satu sahaja nasihat serta ingatanku untuknya agar bila kita diamanahkan untuk menjaga harta milik orang lain, maka kita perlu menjaganya sebaik-baiknya malah melebihi daripada kita menjaga barangan atau harta kita sendiri.

Ada banyak kisah pada zaman Rasulullah dan sahabat-sahabat yang menceritakan tentang amanah ini...jadi sebagai mata-mata rantai perjuangan mereka, kita wajib mencontohi setiap perbuatan atau sikap baik mereka...berbalik kepada kisahku, sedang sibuk mengemaskan dewan, tiba-tiba ada terdengar namaku dipanggil, katanya ada orang hendak bertemu denganku...tergambar dalam fikiranku, kemungkinan sahabat-sahabatku yang jauh mahu pulang hendak bertemu buat kali terakhir...almaklumlah bukan senang untuk kami berkumpul melainkan majlis-majlis besar seperti ini.

Lalu aku bergegas turun tangga dan alangkah terkejutnya aku dimaklumkan laptop aku dijumpai...Maha SUci ALLAH sebaik-baik PERANCANGAN...mahu sahaja aku menangis di situ...tak tergambar betapa gembiranya dan terharunya aku ketika itu...menurut kakak yang menjumpai laptopku ini yang juga merupakan salah seorang pekerja di CAFÉ MFi itu, laptopku ini dijumpai di bawah meja makan ketika dia mengemas serta menyapu di dalam kawasan café tersebut pada pukul 1 pagi...pada mulanya dia terkejut apabila mendapati di dalam beg itu terdapat laptop serta dompetku yang berisi duit serta dokumen-dokumen penting seperti kad pengenalan, kad atm, lesen memandu serta gambar mak ayahku…

Lalu dia mengambilnya serta disimpan di tempat yang selamat sebelum menanyakan siapa pemiliknya...apabila ditanyakan bagaimana dia (kakak itu) mengecam bahawa aku tuan punya beg itu, lalu dia menceritakan bahawa dia mengenaliku melalui gambar pada kad pengenalanku serta gambarku bersama mak dan ayahku...lalu aku mendapatkan beg laptopku bertemankan kak Syida...

Natijah serta pengajaran yang aku dapat daripada peristiwa kehilangan laptop ini cukup banyak dan bermakna sekali...
1. Pertamanya, setiap milik kita di dunia ini hanyalah pinjaman daripadaNYA semata-mata...bila-bila masa sahaja PEMILIK ABADI akan mengambilnya kembali, sama ada dalam keadaan kita sedia atau tidak bersedia unuk menghadapinya...hatta, insan-insan kesayangan kita terutamanya ibu dan ayah kita...

2. Keduanya, jika apa yang kita miliki sekarang memang rezeki kita dan sudah ALLAH tetapkan itu milik kita yang sementara di dunia ini, maka usahlah gundah gulana bila kita kehilangannya, pasti ia akan kembali semula kepada kita...Cuma masa dan bentuk pengembalian barangan itu sahaja yang kita tidak tahu, samada sama bentuknya atau lebih baik daripada yang kita miliki sebelum ini...memetik kata-kata
Khalifah UMAR ABDUL AZIZ “Anugerah Allah kepada hambaNya adalah nikmat, kemudian dicabut nikmat dan digantikan dengan sabar, apa yang diganti itu lebih baik daripada apa yang dicabutNYA...”

3. Apabila diamanahkan oleh sesiapa untuk menjaga amanah samada dalam bentuk harta atau sebagainya, kita hendaklah sebaik mungkin memikul amanah yang diberikan...apabila diberi amanah sebelah kaki kita berada di Syurga dan sebelahnya lagi berada di Neraka...begitu mudah sekali amanah ini menentukan ke mana nasib kita di Akhirat nanti...

2 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..
laju nyer adik akk ni menulis..balik muktamar terus mngsi blog..kakmija xsempat lagi nk nulis... alhamdulillah..DIA mntarbiyyah kita disebalik ujian yg diberikan. bersabar... sesungguhnya ALLAH bersama org2 yg sabar.

ChAmItO GeNiE said...

Assalamualaikum...
terharu bila saya baca post LaPtoP oH LapTOp ni..Kebetulan saya merayau-rayau mencari kisah-kisah mereka yang kehilangan laptop yang akhirnya membawa saya ke laman ni.

Itulah, disebalik apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Rezeki yang ada pada kita dah tentunya hak milik Allah yang boleh ditarik bila-bila masa. Di sinilah kekuatan iman, pengharapan kita kepada Allah dan syukur kita di atas nikmatnya diuji.

Macamtu jugaklah yg berlaku pada saya. Hilang laptop sewaktu solat berjemaah asar di Masjid UTM. Tak disangka niat ingin solat berjemaah petang tu membawa kepada takdirnya kehilangan laptop berusia beberapa bulan yang disimpan sementara di dalam bilik persalinan. Sangkaan bahawa rumah Allah yang kita cintai dan harapkan tempat terakhir utk umat manusia saling mempercayai meleset begitu saja.

Tidak ingin menyalahkan sesiapa dan mungkin disebabkan kecuaian sendiri, tetapi mengharapkan diberikan ketabahan agar dpt menerima ujian dengan redha. Paling menyayatkan apabila teringat kembali pembelian laptop menggunakan hasil titik peluh dan pengorbanan ibu yang ingin melihat anaknya belajar tanpa rasa sebarang kekurangan. Semoga pengajaran yg diterima membawa kepada kehidupan yang lebih baik.

Apapun, tahniah buat Nur Izzahtulislam atas post anda. Semoga ilmu yang disampaikan dapat pembaca manfaatkan. Wassalam...=)