Tuesday, December 23, 2008

:: RAHMAT UJIAN ::

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira, mungkin terselit duka
Tak siapa tahu, tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah, mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir,
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa, ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai yang dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNYA

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai yang dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNYA

Segala takdir,
Terimalah dengan hati terbuka
Walau tersiksa, ada hikmahnya


Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Ujian diberi,
Maka bersyukurlah selalu

1 comment:

suffiyah solehah said...

salam.buat yang diingati dalam doa, akmariah. didoakan moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya. semoga dikuatkan langkah dan hati walau dimana akma berada. sesungguhnya ujian yang dilalui oleh setiap insan sesuai dengan keupayaan dirinya.Allah ingin tunjukkan dimana tahap keupayaan kita, kerana kita masih belum mengetahui dimana tingkat keupayaan kita yang tertinggi, walau kita merasakan bahawa kita dah usaha sehabis rasa. beruntunglah kerana masih terpilih untuk berterusan mengadu dan mengharap padaNya. tanda kasih sayangNYA adalah bila kita masih diberi peluang ntuk menyebut ALLAH, ALLAH..