Dedaun Kasih Yang Terlerai
Bicara ini kuutus untukmu
Lahir dari lubuk hatiku
Kian membuak rasa mendalam
Ingin sekali tertumpah
Pada minda dan hatimu
Mengapakah terus begini
Bahagia yang mekar mewangi
Yang kian carik dan terkoyak
Dari rimbunan kasih sayang
Bukanlah kehendak kita
Untuk terus bertelagah
Tapi itulah yang terjadi
Melerai sayang yang bersemi
Menggugat kasih
Marilah kita kutip semula
Dedaun kasih yang terlerai
Kita kumpul semula mesra terurai
Kita tanam kembali bajai lagi
Jangan kita tergugah lagi
Walau suasana berubah
Cinta Ilahi itu abadi
Rindunya membawa mati
Dari situ kasih kita bersemi
Tuesday, April 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kadang-kadang sesuatu yg kita harapkan....xkan datang dgn kemanisan...tp diuji dulu dgn kepahitan.
Andai kita kuat....Allah akn dtgkan kemanisan tu tanpa kita sedari....tapi andainya kita goyah..ketahuilah...kepahitan akn sentiasa menyelubungi.
"istirehatkanlah fikiranmu dari kerisauan mengatur keperluan dunia,kerana apa yang sudah dijamin diselesaikan oleh selainmu,tidak perlu sibuk untuk memikirkannya"
Post a Comment